Cara Daftar GrabFood Sebagai Peniaga di Malaysia

Mendaftar sebagai GrabFood Merchant Partner di Malaysia membuka peluang besar untuk meningkatkan pendapatan perniagaan makanan anda. Artikel ini akan membincangkan apa itu GrabFood Merchant Partner, faedahnya, syarat-syarat yang diperlukan, dan panduan langkah demi langkah untuk mendaftar sebagai rakan peniaga GrabFood. Kami juga akan membincang mengenai bayaran perkhidmatan yang dikenakan, harga menu makanan di GrabFood Merchant, dan keperluan peranti untuk menjadi rakan peniaga GrabFood Merchant.

Apa itu GrabFood Merchant Partner?

GrabFood Merchant Partner adalah peniaga yang berdaftar dengan GrabFood Merchant untuk menawarkan menu makanan dan minuman kepada pelanggan melalui aplikasi Grab. Makanan dan miniuman berkenaan akan dihantar ke alamat pelangan dengan perkhidmatan penghantaran Grab Delivery.

how grab works

Faedah Menjadi Peniaga GrabFood Merchant

Secara umumnya, terdapat empat sebab mengapa anda perlu mendaftarkan kedai atau restoran anda dengan perkhidmatan penghantaran makanan GrabFood:

  • Pendedahan kepada lebih ramai pelanggan yang sudah menggunakan aplikasi GrabFood
  • Peningkatan jualan – bina kredibiliti perniagaan anda dalam talian untuk menarik lebih banyak pelanggan dan meningkatkan jualan
  • Perkhidmatan yang dipercayai kerana GrabFood mempunyai ribuan penghantar makanan di seluruh negara
  • Syarat pembayaran yang baik – anda boleh memilih untuk mengeluarkan pendapatan secara harian, membolehkan wang tersebut dilaburkan kembali dengan cepat

Syarat untuk Menjadi Peniaga di GrabFood Merchant

Untuk menjadi peniaga di GrabFood, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berkenaan, iaitu:

  1. Salinan dokumen perniagaan – Borang SSM 9,24,49
  2. Salinan kad pengenalan (IC) / pasport pengarah yang menandatangani perjanjian (Warna, Depan dan Belakang)
  3. Salinan penyata akaun bank
  4. Salinan logo jenama
     (JPEG atau PNG)
  5.  Menu makanan untuk  aplikasi GrabFood dengan harga
  6. Gambar makanan menu
  7. Foto depan kedai dengan papan tanda tetap dan logo jenama
  8. Foto dalam kedai (x2)
  9. Salinan Sijil SST (Sekiranya berkenaan)
  10. Salinan Perakuan Halal (Sekiranya berkenaan)
  11. Salinan Lesen Minuman Keras/Alkohol (Sekiranya berkenaan)
Sunmi V2s

Panduan Untuk Mendaftar

  • Daftar Akaun: Layari laman web GrabFood Merchant dan klik “Daftar Sekarang”.
  • Isi Maklumat Perniagaan: Lengkapkan borang pendaftaran dengan maklumat perniagaan anda.
  • Muat Naik Dokumen: Sertakan dokumen sokongan seperti lesen perniagaan dan gambar restoran. Untuk maklumat lanjut tentang contoh dokumen, sila layari sini.
  • Sahkan Pendaftaran: Tunggu pengesahan daripada pihak GrabFood.
  • Konfigurasi Menu: Setelah disahkan, muat naik menu dan harga makanan.
  • Mula Terima Pesanan: Sedia untuk menerima pesanan daripada pelanggan melalui aplikasi GrabFood
panduan daftar Grab

Bayaran Perkhidmatan

Terdapat bayaran perkhidmatan sehingga 30% pada semua pesanan GrabFood (Penghantaran Makanan) dan sehingga 15% untuk GrabFood (Ambil Sendiri). Bayaran ini dikenakan pada setiap pesanan yang anda terima melalui Grab, termasuk pesanan penghantaran dan Ambil Sendiri. Sila ambil perhatian bahawa bayaran perkhidmatan ini tertakluk kepada SST yang berkuat kuasa.

Peniaga boleh meminta untuk membincangkan bayaran perkhidmatan dengan wakil jualan, tetapi sila ambil perhatian bahawa perubahan terma komersial tertakluk kepada budi bicara Grab.

caj-grabfood

Harga Menu Makanan di GrabFood

Peniaga hendaklah memastikan bahawa semua harga bagi makanan dan minuman yang ditawarkan di Aplikasi Grab adalah serupa dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga kepada pengguna di restoran.

Peranti Untuk Peniaga di GrabFood Merchant

Peniaga adalah digalakkan untuk mengguna peranti GrabFood Merchant device, iaitu Sunmi V2s bagi memastikan kelancaran transaksi pesanan GrabFood dan operasi dapur. Apabila pelanggan membuat pesanan dalam aplikasi GrabFood, Sunmi V2s boleh menerima pesanan secara automatik dan mencetak dua salinan pesanan pada kertas resit. Satu salinan untuk dapur memulakan penyediaan makanan, dan satu salinan untuk rujukan restoran.

peranti Grab

Secara ringkas, sama ada anda baru membuka restoran atau ingin mengembangkan perniagaan anda melalui saluran lain, menjadi rakan peniaga GrabFood Merchant adalah cara yang baik untuk menjana lebih banyak pendapatan dan mengembangkan pangkalan pelanggan anda.

register grabfood merchant

More to explore

Scroll to Top